Feeds:
Posts
Comments

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

Doa Akhir Tahun 1431

Bacalah doa ini 3 kali menjelang akhir tahun baru Islam, biasanya dilakukan selepas asar atau sebelum maghrib pada hari ini Isnin 06/12/2010.

Doa Akhir Tahun

Ertinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun 1432
Bacalah doa ini 3 kali selepas solat Maghrib pada hari ini Isnin 06/12/2010. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah Swt. agar sempena tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

 

Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya. Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging. Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon… pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Pengusaha sebuah kafe di Jalan Penang di sini dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain menyajikan minuman keras dan ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan.

Lebih mengejutkan, kafe baru dibuka kira-kira sebulan lalu terletak di kawasan popular bagi pelancong asing, juga sering dikunjungi pelanggan beragama Islam yang tertipu dengan muslihat pengusaha tidak bertanggungjawab terbabit.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, pengusaha kafe itu yang berusia 36 tahun cuba memberi pelbagai alasan apabila disoal siasat dengan mengatakan tidak tahu tindakan yang dilakukan itu salah.

Serbuan dijalankan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hasil pemantauan dilakukan sejak kafe berkenaan dibuka sebulan lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Faizal Ibrahim, berkata ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati kafe berkenaan menyediakan minuman keras kepada pelanggan selain menyediakan menu mempunyai logo halal.

Beliau berkata, pengusaha didapati menyalahgunakan sijil halal diperoleh daripada sebuah pusat penyelidikan makanan Islam Malaysia dan Asia (IFRC) beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan kafe berkenaan mempunyai sijil halal sah tempoh sehingga 26 Oktober 2011, namun ia tidak mendapat pengiktirafan Jakim atau mana-mana jabatan agama Islam di negara ini.

“Pemeriksaan di dapur pula mendapati ayam dibekalkan kepada kafe berkenaan ayam cucuk yang teknik penyembelihan amat mencurigakan berikutan leher ayam dilihat mempunyai kesan cucuk.

“Siasatan mendapati ayam berkenaan tidak disembelih mengikut hukum syarak mengikut Mazhab Syafie kerana tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum,” katanya.

Faizal berkata, dalam pemeriksaan itu, 22 ayam disimpan dalam peti ais, sijil halal dari IFRC, tiga logo halal, sembilan botol minuman keras dan menu minuman keras dirampas dan pengusaha kafe itu ditahan.

Beliau berkata, pengusaha kafe dibebaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti syarikat pembekal ayam kepada kafe berkenaan.

Katanya, semua barangan dirampas diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut dan pihaknya memandang serius mengenai isu halal ini.

Bencana spt gegaran kuat, gempa bumi dan tsunami boleh menyebabkan berlakunya perkara spt berikut:

1. Runtuhan tanah, bangunan, dinding, siling, rak, cabinet, lampu dll objek.
2. Kaca tingkap dan dinding berterbangan.
3. Kebakaran akibat litar pintas dan kebocoran paip gas.

1. Persediaan Sebelum Bencana
1.1. Periksa pendawaian elektirik dan paip gas memasak yg mungkin ada                    potensi memberi risiko kebakaran semasa gempa bumi.
1.2. Tahu lokasi suis atau injap dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas         dan air.
1.3. Simpan lampu suluh dan radio berkuasa bateri di tepi katil anda atau di              tempat yg dikhaskan.
1.4. Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yg mudah diambil.
1.5. Simpan bekalan asas pertolongan cemas dan tahu prosedur pertolongan           cemas.
1.6. Tempatkan objek mudah pecah, besar, berat dan kaca pada rak bahagian          bawah. Paku rak secara selamat pada dinding.
1.7. Letakkan katil jauh dari tingkap bercermin dan objek berat yg                                mungkin jatuh.
1.8. Beritahu keluarga tindakan yg perlu diambil semasa bencana dan                          lokasi berkumpul.
1.9. Alihkan halangan dan kosongkan laluan keluar, pintu, koridor dan tangga          kecemasan.

2. Tindakan Semasa Bencana
2.1. Sekiranya Berada Dalam Bangunan
2.1.1. Bertenang.
2.1.2. Teruskan berada dlm bangunan hingga diarahkan keluar atau                                  gegaran sudah berhenti.
2.1.3. Jgn tergesa2 keluar krn tangga mungkin terputus atau pecah.
2.1.4. Berlindung di bwh meja atau bangku yg teguh dgn cara duck-                                  cover-hold.
2.1.5. Berada di sudut atau di tepi dinding atau tiang besar yg teguh.
2.1.6. Jgn nyalakan lilin, mancis atau lain2 punca api krn mungkin ada                            kebocoran gas.
2.1.7. Semasa diarahkan keluar, patuhi prosedur pengungsian bangunan                        spt semasa kebakaran.

2.2. Sekiranya Berada Di Luar Bangunan
2.2.1. Berada di kawasan terbuka.
2.2.2. Jauhkan dari bangunan tinggi, lereng bukit, tiang dan kabel elektrik,                    pokok dan sebagainya.

2.3.  Sekiranya Berada Dlm Kenderaan
2.3.1. Hentikan kenderaan di tempat atau kawasan yg selamat.
2.3.2. Jgn berhenti di bawah jambatan, jejantas, rentangan kabel, fly over,                    tepi bangunan tinggi, tiang eletrik, tiang lampu dan sebagainya.
2.3.3. Berada dlm kenderaan hingga gegaran berhenti.

3. Tindakan Selepas Gempa Bumi Atau Gegaran
3.1. Periksa kerosakan atau kecederaan.
3.2. Periksa kebakaran dan bahaya api. Jika ada, padamkan api dgn segera                 selagi mampu.
3.3. Jika berbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jgn nyalakan                       mancis atau hidupkan suis eletrik. Gunakan lampu suluh.
3.4. Tutup bekalan elektrik jika ada kerosakan pada pendawaian elektrik.
3.5. Jgn sentuh sebarang objek atau cecair yg bersentuhan dgn pendawaian               elektrik yg terputus.
3.6. Jgn guna telefon termasuk telefon bimbit kecuali utk meminta bantuan               kecemasan dari Polis, Bomba atau Ambulan.
3.7. Guna radio berkuasa bateri utk mendptkn maklumat dan perkembangan          semasa.
3.8. Jgn masuk ke kawasan yg mengalami kerosakan kecuali bantuan anda                diperlukan.

4. Langkah Menyelamatkan Diri Semasa Tsunami
4.1. Sentiasa peka dgn amaran alam semula jadi spt kejadian gempa bumi,                  kekuatan dan pusat gempanya.
4.2. Sentiasa mendengar amaran tsunami melalui radio atau media lain.
4.3. Simpan kit kecemasan, bekalan makanan, air, pakaian utk setiap ahli                    keluarga dan keperluan asas bayi jika berkenaan.
4.4. Jika berada berhampiran pantai, sentiasa peka dgn keadaan pantai. Jika             air surut secara mendadak dan luar daripada biasa, ini memberi amaran           bahawa tsunami akan melanda.
4.5. Bergerak segera ke tanah tinggi dan jgn berpatah balik walaupun ombak             pertama telah surut. Ini krn pada kebiasaannya ia akan disusuli dgn                     ombak kedua yg lebih besar dan kuat. Jgn bawa bersama barang2 lain                 kecuali perkara di 4.3 di atas.
4.6. Berada di tanah tinggi sehingga pihak berkuasa membenarkan anda                       pulang. Ini mungkin akan melibatkan beberapa hari.
4.7. Jauhkan dari jalan2 besar yg terbuka krn jalan mudah ditempuhi oleh                 laluan arus tsunami. Rancang laluan alternatif.
4.8. Jika dihanyutkan arus, capai sebrg objek yg timbul utk mengapungkan               diri. Anda mungkin akan cedera tetapi ia mungkin boleh selamatkan                   nyawa anda.
4.9. Jika berada di laut, jgn balik ke pelabuhan semasa amaran tsunami                      dikeluarkan. Bergerak ke tengah laut sejauh yg boleh krn air laut lebih                 tenang di kawasan laut yg lebih dlm.

Ayam Radix

Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya.

Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang.

Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan Islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual.