Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam, dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya ketika mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.
Nik Aziz yang ditemui selepas mesyuarat Exco semalam berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.
You must be logged in to post a comment.