Polis Indonesia mengesahkan bahawa pengganas yang terbunuh dalam drama serbuan selama 17 jam di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah minggu lalu bukan Noordin Mat Top.
Sebaliknya, jurucakap polis Indonesia, Nanan Soekarnan berkata, lelaki itu ialah Ibrohim yang telah dikenal pasti sebagai perancang serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di Mega Kuningan, Jakarta Selatan, pada 17 Julai lalu.
Ibrohim atau Boim, merupakan penata bunga di Hotel JW Marriott yang menghilangkan diri selepas kejadian serangan bom berkembar yang mengorban sembilan orang serta mencederakan 53 yang lain.
Pengumuman hari ini juga bermakna pemburuan Noordin sejak tujuh lalu belum lagi berakhir dan ia merupakan satu cabaran yang cukup besar kepada polis Indonesia bagi membersihkan republik ini daripada terus menjadi sarang pengganas.
You must be logged in to post a comment.