Di Malaysia, tarian poco-poco memang semakin diminati oleh seluruh rakyat Malaysia dan selalu dipraktikkan dalam senamrobik.
Sebenarnya tarian poco-poco ini yang dikatakan berasal dari Indonesia ini sebenarnya adalah dari Filipina. Rakyat Filipina yg beragama kristian, menjadi rutin mereka menari tarian ini dalam upacara sembahyang mingguan mereka. Kita boleh lihat gerak tarinya yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Nabi SAW dah pesan melalui sabdanya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
Wallahualam
You must be logged in to post a comment.