Rakyat memperolehi hadiah sempena kemerdekaan pada tahun ini apabila harga petrol naik mulai tengah malam 1/9/09. Petrol Ron 95 telah dinaikkan dari RM1.75 ke RM1.80 seliter manakala Ron 97 naik sebanyak 25 sen kepada RM2.05 seliter.
Tidak seperti sebelum ini, kenaikan harga petrol kali ini tidak diumumkan terlebih dahulu. Perkara ini umpama disenyapkan mengambil peluang keseronokan rakyat menyambut hari kemerdekaan.
“Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,” kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
Barang dijangka akan melonjak naik menjelang sambutan Aidilfitri akibat kenaikan bahan petrol ini.
Ini juga bakal menimbulkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaankerana menaikkan petrol di saat-saat penting seperti ini selain tidak mengumumkan kenaikan ini terlebih dahulu.